Monday, November 17, 2008

Jam 1 Pagi

Jam 1 pagi, Umar sedang tidur dengan nyenyaknya. Tapi tiada siapa yang dapat memberi jaminan yang dia akan nyenyak sehingga subuh esok pagi sekurang-kurangnya.

Jadi, yang terbaik boleh dialakukan kini ialah masuk bilik dengan penuh berhati-hati, menutup lampu dengan perlahan, letak badan di atas katil dengan cermat dan tidur....tidurlah dengan nyenyak tanpa perlu bermimpi akan apa-apa mimpi kerana sekejap lagi anda akan mendengar ngauman yang akan membuat anda tertekan dengan begitu dasyat dan ngeri sepanjang hari....

ngauman dari...

ARRRRRGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!

"umar..naper ni?" bisik wanita di sebelah budak kecil itu.



selamat malam!

Sunday, July 20, 2008

Riak wajah Si Kecil Umar

Selamat menonton...


"Ermmm....macam pernah kulihat mamat ni..tapi di mana ya..?"



"Arghhhh.......serabut..serabut..!!"



"Ehh..pehal ni pandang-pandang??"



"Kita sebagai baby hendaklah mempunyai daya
saing yang tinggi serta ...bla..bla..."



"heheh...ummi..umar nak syusyu..."


"adehh.....pebenda kat atas dahi aku ni..??"


Minggu ke-2


Alhamdulillah, kini Umar baru sahaja menyambut hari 'ulangminggu'nya yang ke-2. Adalah diberitahu kini si Umar telah pandai ketawa dengan mengeluarkan bunyi. Ya atau tidak, hanya Allah dan orang2 sekelilingnya sahaja yang tahu.

wallahua'lam.



Tidur sambil senyum


Wednesday, July 16, 2008

Kelahiran Umar Al Faruq

Alhamdulillah,
6 Julai 2008, 4.50 pagi, seorang bayi lelaki seberat 2.78 kg telah selamat dilahirkan di wad bersalin no 15, Hospital Serdang.

Bayi ini, kami namakan "Umar Al Faruq". Moga beliau dipimpin Allah mengenal kebenaran untuk diperjuangkan dan mengecam kebatilan untuk dihapuskan. InsyaAllah.


Umar Al Faruq