Wednesday, January 28, 2009

"Hai Sedare..apa citer??"
Membaca Buku Bersama Abi


Umar sedang memilih buku untuk dibaca...



Abi dan Umar membaca buku yang dipilih oleh Umar sendiri bertajuk "Falsafah Hidup" karangan Pak Hamka.



Umar dah menunjukkan rasa bosannya. Dia berebut membelek mukasurat seterusnya walaupun belum habis dibaca. Akhirnya.....


Iyaaaaahhhhhhh!!! "Bergaya depan kamera lagi best"

Saturday, January 17, 2009

Adakah ini sabotaj dari beliau?

Hari ini genap 3 hari, streamyx rumah kami gagal berfungsi. Puas dicuba pelbagai cara, namun hingga jam 3.30 petang tadi masih belum berjaya. Akhirnya, dengan bantuan customer service TM Net, akhirnya streamyx berjaya dipulihkan.

Rupanya kami salah menggunakan username, puncanya, pagi khamis semasa abi cuba login sambil mendokong umar, senyap2 tangan umar menekah keyboard sehingga menyebabkan perkataan "streamyx" pada username itu terpadam. Musykilnya, setiap kali login selepas itu, status streamyx adalah connected, cumanya kami gagal melayari internet yang mana bilangan sent packet terlalu besar berbanding receive packet(satu bukti bahawa ia masih belum bersambung dengan server TM net).

Kami sangat terkilan dengan masalah ini hingga banyak juga kerja yang tertangguh, terasa seperti disabotaj. Tapi mungkin benar kata umi. "Umar tuh kecik ati, orang tak layan dia bila main internet...itulah sebabnya dia cuba membuktikan sesuatu..."


bijak...bijak...!!!!




wallauhua'lam...
Umar sedang menghalang kami dari mendekati komputer tatkala beliau mendapat tahu talian streamyx sudah dipulihkan. Tidak syak lagi, beliau memang mempunyai agenda yang tersembunyi!