Monday, February 2, 2009

Namaku ning, aku seekor itik plastik berwarna kuning, aku tidak pasti dari mana aku berasal, yang pasti sedar-sedar je aku sudah berada di kawasan permainan di sebuar Pasaraya bernama "Giant". Hidupku dan keluargaku dulu aman walaupun sedikit membosankan sebelum kami dibeli oleh sepasang suami isteri untuk dihadiahkan kepada anaknya yang bernama Umar sejak 3 bulan yang lalu.

Setiap hari aku dikerjakan oleh Umar, tak kira siang atau malam, terutama apabila Si Umar ini di mandikan...

Sakit-sakit badanku dibuat oleh si Umar ini. Oleh kerana sudah tidak tahan akhirnya aku bermesyuarat dengan ibu dan adikku. Kami tidak boleh dok diam. Walaupun kami ni cuma seeokor itik plastik berwarna kuning kami tetap punya maruah yang perlu di jaga. Suatu hari kami mengambil keputusan untuk berdepan dengan si Umar yang ganas ini....

Kami pun memulakanlah perjalanan kami dengan penuh susah payah. Maklumlah kami bukan boleh jalan pakai kaki, nama pun itik plastik. Selepas beberapa hari berjalan dan menempun pelbagai cabaran yang dasyat lagi mengerikan, akhirnya sampai juga kami ke tempat peraduan si Umar. Waktu itu si Umar sedang nyenyak tidur.




Kamipun mulalah memberi salam dengan penuh hormat, walaupun hati kami ni membara dengan amat dasyat. "Assalamualaikum hoi Encik Umar!!! Assalamualaikum hoi Encik Umar!!!
Nampaknya Si Umar ini masih tak dengar. Kami perlu lekas sebelum mak bapak si umar ini sedar kehadiran kami, kami perlu lakukan sesuatu.


Bersambung ....